Meowwtel logo Meowwtel oleh Cats Hometown
Penginapan & Hotel Kucing

Rumah kedua yang penuh kasih, walaupun anda tiada di sisi mereka.

Berpisah dengan si comel bukan mudah. Di Meowwtel, setiap kucing dijaga macam kucing sendiri — kami akan update status harian si manja anda, dan berikan waktu bermain setiap hari. Hanya perlu bawa mereka bersama makanan kegemaran mereka, kami uruskan selebihnya. Terletak di Kg. Sungai Udang, Klang.

Memuatkan ketersediaan hari ini…

Lokasi kami

Lihat lokasi di Google Maps

Apa yang disertakan

Update harian

Kami kongsikan perkembangan si comel anda setiap hari sepanjang penginapan.

Waktu bermain setiap hari

Setiap kucing dapat masa bermain dalam ruang yang selamat dan selesa.

Pemantauan asas harian

Makan, minum dan tingkah laku kucing dipantau oleh staf kami setiap hari.

Tambah Grooming Sekali 🐾

Si bulus boleh mandi semasa menginap di Meowwtel—balik nanti terus bersih, kemas dan wangi tanpa perlu datang semula!

Sebelum check-in

Syarat boarding

Untuk jaga keselamatan, kebersihan dan kesihatan semua kucing yang menginap di Meowwtel.

Syarat wajib
  • Vaksin lengkap dan sah (tidak lebih 1 tahun, atau sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh check-in)
  • Kad vaksin wajib dibawa semasa check-in
  • Kucing mestilah sihat — tiada selsema, cirit-birit atau tanda penyakit
  • Rawatan kutu/flea digalakkan sebelum boarding (sekurang-kurangnya 3 hari sebelum check-in jika baru diberi)
  • Maklumkan sejarah kesihatan, ubat atau penjagaan khas kucing
  • Bawa makanan kucing sendiri
  • Deposit diperlukan untuk kunci slot; full payment semasa check-in
Tidak diterima
  • Kucing bunting, mempunyai penyakit berjangkit, kutu/flea teruk, fungus atau luka terbuka
Perhatian
  • Kucing dengan tanda kutu/flea mungkin memerlukan rawatan tambahan dan ditempatkan di solo room (tertakluk kekosongan)

Cats Hometown berhak menolak check-in jika kucing didapati tidak sihat. Lengkapkan borang persetujuan & rekod kesihatan

Cara Tempahan Meowwtel 🐾

1

Pilih bilik & tarikh

Pilih bilik yang sesuai untuk si bulus, semak kekosongan dan lihat anggaran harga sebelum membuat tempahan.

2

Lengkapkan borang tempahan

Isi borang tempahan dan consent dengan maklumat si bulus serta pengesahan tahap kesihatan.

3

Check-in & serahkan pada kami

Bawa si bulus bersama kad vaksin dan makanan sendiri semasa check-in. Selepas itu, biar team Cats Hometown jaga yang selebihnya! 💜

Meowwtel, rumah kedua si bulus daripada Cats Hometown 💜
Lengkap dengan servis penginapan, grooming dan keperluan kucing di Selangor.

Ketersediaan yang dipaparkan adalah anggaran — pengesahan muktamad dibuat selepas pasukan kami menyemak permohonan anda.

Rancang penginapan

Pilih bilik & tarikh

Dapatkan anggaran harga terus di sini. Untuk sahkan slot, lengkapkan borang tempahan & consent rasmi kami — ambil masa beberapa minit sahaja.

1

Tarikh penginapan

2

Bilik & tetamu

1

Pilih tarikh untuk lihat anggaran harga.

Sila isikan tarikh daftar masuk/keluar dan bersetuju dengan syarat boarding.